Monday, October 12, 2020

Permulaan Sebagai TUTOR.

 Bagaimana saya bermula sebagai Tutor?

Saya bukan lah cikgu hebat dan bukan lah guru dari Kementerian Pendidikan.

Tetapi saya hanyalah cikgu swasta yang berusaha untuk memberikan terbaik kepada anak murid.

Kisah saya bermula apabila, saya sedang belajar di peringkat Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Semasa sedang struggle menyiapkan Project Paper (Thesis) saya mengambil keputusan untuk bekerja sendiri untuk menampung perbelanjaan harian.

Berbekalkan kelayakan Sarjana Muda ketika itu dan sedikit pengalaman mengajar sebagai Pembantu Pensyarah di UKM, saya cuba untuk menjadi Home Tutor dibawah kelolaan Cikgu Hafiz (Infitah Training)

Saya juga mempunyai pengalaman sebagai guru ganti DC41 di Sekolah Menengah di Melaka. Walaupun terlibat sebagai Home Tutor selama kurang 1 tahun, saya merasakan mendidik ini satu perkara yang menyeronokkan dan perlu tanggjawab yang sangat besar.

Saya berhenti seketika menjadi home tutor kerana saya mendapat tawaran sebagai Pensyarah di sebuah Kolej Universiti Islam. Tanggjawab terhadap tugasan hakiki menyebabkan saya perlu fokus. Saya juga tidak mempunyai kemampuan mengejar jadual ketika itu, kerana kuliah habis jam 6pm paling lewat. Malam merupakan waktu rehat yang terhad. Ditambah dengan jawatan sebagai penyelaras program dan beberapa jawatan .

Sepanjang mengajar 5 tahun sebagai pensyarah, pada 2019 saya resign dan berhijrah ke Perak demi keluarga . Ini kerana, menguruskan masa bersama 2 orang anak yang kecil tanpa suami memberikan sedikit cabaran kepada saya. Oh, makluman, waktu ketika itu saya PJJ dengan suami (Melaka -Perak).Tapi saya percaya ,ada hikmah di sebalik penghijrahan yang dilakukan.


Ini merupakan gambar program terakhir saya pada 2019 bersama pelajar . Satu kenangan yang indah kerana pelajar ini dibawah seliaan saya dari diploma dan kini hampir selesai Ijazah Sarjana Muda.


 Atas sokongan suami dan sedikit modal yang ada, maka pada awal 2020 saya memulakan kerjaya sebagai Tutor di rumah (small group class). Saya melaburkan sedikit wang untuk membeli beberapa buah buku latihan dan rujukan untuk ulangkaji.



Pada awalnya hanya ada seorang sahaja pelajar, tapi bertambah kepada 5 orang dan lebih,. Tetapi ujian mendatang dengan Covid 19 dan UPSR dibatalkan.
Tetapi saya berusaha dengan  membuat kelas online dan sekarang, Alhamdulillah dalam jangka masa kurang 1tahun pelajar makin bertambah kepada lebih dari 10 orang.

Saya berusaha mempelajari pelbagai tips dari guru guru yang hebat untuk menambah nilai pada diri sendiri dalam bidang pengajaran. Ini kerana, walaupun mempunyai sijil P&P , tetapi mengajar tahap rendah mempunyai cabaran berbeza dengan mengajar pelajar IPT.

Ini adalah salah satu faktor dorongan saya untuk belajar dan memasuki group Tuition Teachers Society (TTS)

Next, saya cerita lagi dan berkongsi serba sedikit mengenai kelayakan saya..

1 comment: